Bagaimana taufan dapat nama dan mengapa nama taufan itu seperti nama-nama orang. Pertubuhan kaji cuaca sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawaankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan suruhanjaya Sosial dan Ekonomi bagi Asia Pasifik (ESCAP) bg memproosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat rebut tropika dan taufan di rantau itu.
Malaysia menyertainya pada 1976 yang mana jawatankuasa itu mempunyai 14 negara termasuk Kemboja, Loas, Filipina, China, Hong Kong, Jepun, Macau Korea selatan, Korea utara, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pada 2000-2001 senarai baru dikeluarkan supaya setiap Negara anggota menamakan taufan dengan menampilkan identiti serantau yang menggunakan nama tempatan seperti bunga, haiwan, ikan, manusia dan sebagainya.
Setiap ngara munyumbang 10 nama. Penggunaan nama taufan dilakukan secara berpusingan mengikut senarai yang disediakan. Malaysia contohnya, mencadangkan nama seperti jelawat,Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar telah digunakan pada taufan yang melanda Vietnam dan Filipina pada Mei 2005.
Taufan Durian yang melanda Filipina dan Vietnam pada 2006 itu bukan cadangan Malaysia tetapi nama berkenaan diberi oleh Thailand. Taufan Nargis dinamakan sempena nama aktres India pada 1940-an dan 1950-an yang popular hingga kini.
Selepas nama taufan tersebut digunakan ia digugurkan dan tidak digunakan lagi, kerana taufan menyebabkan kadar kematian dan kemusnahan yang tinggi. Antara nama taufan yang sudah dihapuskan termasuk Andrew, Diana, Georges, Jane, Mitch, Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan. Sehubungan itu kita kemungkinan selepas ini tidak lagi mendengar nama Katrina dan Nargis yang diketegorikan sebagai terbutuk pernah berlaku.
No comments:
Post a Comment