TQ follow saya =)

Friday, August 22, 2008

Bangunan Berputar di Dubai


Satu lagi bangunan yang sangat unik akan dibina di Dubai. Nama bangunan tu DYNAMIC TOWER. Apa yang unik nye…bangunan tinggi pencakar langit ini akan berputar di setiap aras setiap saat. Huh. Brilliant btul la sape yang reka ni. Dr David Fisher adalah seorang arkitek dari Itali yang mengumumkan pembinaan bangunan berputar itu. Tinggi bangunan itu 420 meter. Uniknya lagi Dynamic Tower ni akan berpusing dengan kelajuan yang berbeza pada setiap tingkat.

Bangunan ini mesra alam kerana inilah bangunan pertama didunia direka dengan keupayaan elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang di setiap tingkat. Wah. Takpayah bayar bil letrik tiap bulan.huhu…20 tingkat yang pertama ialah pejabat, tingkat 21-35 hotel mewah, 36-70 mengandungi unit kediaman pangsapuri dan selebihnya adalah villa mewah.huh.kalo keje kat tingkat bawak.duk kat dalam bangunan tu je.naik lif je g keje.huh.bes btul.takdala alas an Jalan jem..hihi.Nak bina bangunan ni perlukan 80 juruteknik dan 2.000 pekerja binaan. Bangunan ni dijangka siap pada tahun 2010.

Saturday, August 16, 2008

Bagaimana Taufan Dpt nama?

Bagaimana taufan dapat nama dan mengapa nama taufan itu seperti nama-nama orang. Pertubuhan kaji cuaca sedunia (WMO) menubuhkan sebuah jawaankuasa khusus yang bertanggungjawab menamakan taufan ini. Jawatankuasa taufan ditubuhkan pada 1968 di bawah pengawasan WMO dan suruhanjaya Sosial dan Ekonomi bagi Asia Pasifik (ESCAP) bg memproosi dan menguruskan usaha meminimumkan kerosakan akibat rebut tropika dan taufan di rantau itu.
Malaysia menyertainya pada 1976 yang mana jawatankuasa itu mempunyai 14 negara termasuk Kemboja, Loas, Filipina, China, Hong Kong, Jepun, Macau Korea selatan, Korea utara, Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam. Pada 2000-2001 senarai baru dikeluarkan supaya setiap Negara anggota menamakan taufan dengan menampilkan identiti serantau yang menggunakan nama tempatan seperti bunga, haiwan, ikan, manusia dan sebagainya.
Setiap ngara munyumbang 10 nama. Penggunaan nama taufan dilakukan secara berpusingan mengikut senarai yang disediakan. Malaysia contohnya, mencadangkan nama seperti jelawat,Sepat, Rusa, Nuri dan Mawar. Nama Mawar telah digunakan pada taufan yang melanda Vietnam dan Filipina pada Mei 2005.
Taufan Durian yang melanda Filipina dan Vietnam pada 2006 itu bukan cadangan Malaysia tetapi nama berkenaan diberi oleh Thailand. Taufan Nargis dinamakan sempena nama aktres India pada 1940-an dan 1950-an yang popular hingga kini.
Selepas nama taufan tersebut digunakan ia digugurkan dan tidak digunakan lagi, kerana taufan menyebabkan kadar kematian dan kemusnahan yang tinggi. Antara nama taufan yang sudah dihapuskan termasuk Andrew, Diana, Georges, Jane, Mitch, Rusa, Vamei, Imbudo, Chataan. Sehubungan itu kita kemungkinan selepas ini tidak lagi mendengar nama Katrina dan Nargis yang diketegorikan sebagai terbutuk pernah berlaku.

Saturday, May 10, 2008

Cuti-cuti Malaysia ke Pulau Pangkor!!







Pulau Pangkor ialah sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian. Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor.

Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan).

Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.

Sandwich utk dier!! hihi...try la..Sdap n Simple

Bahan2:
1.Telur
2.Mayonis
3.Bawang
4.Lada
5.Roti

Cara2:
1. Rebus telur 15 minit.
2. Potong bawang dadu.
3. Kupas kulit telur.
4. hancurkan telur dalam mangkuk.
5. Masukkan bawang, mayonis, dan lada.Gaul sebati.
6. Sapu atas roti. Siap sedia untuk dimakan.

Sunday, May 4, 2008

Gelatin Halal or Tak Halal

!!Awas dgn makanan yang mengandungi gelatin yang tidak Halal.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain) , Puding, kek dan pai, Gummi jelli, Pastil berperisa , Yogurt, keju dan butter , Ais-krim , Pencuci mulut segera , Gula-gula getah (Chewing gum) , Produk-produk daging yang diproses

Ada 2 jenis gelatin.. gelatin dari kulit babi n gelatin dari tulang2 haiwan spt lembu,kerbau n sebagainya. Tp tak semestinya Halal.Perlukan penyembelihan oleh Org Islam dan mengikut syariah. Halagel adalah pengeluar gelatin halal di Malaysia. Mari Layari laman web http://halalgelatine.com/my/index.html utk tahu lebih lanjut.

Sassy Girl Chunyang


Mari kite ikuti citer love comedy ni...tiap2 ari sabtu n ahad kul 4 ptg mulai 4 may 08 . Bes tau cite ni.. sweet chunyang n mongryong. Chunyang bdk kampung yang pandai. Mongryong plak bdk nakal n prestasi dia kat skolah makin merosot. Bapa dia anta kat sekolah kampung. Dimana Chunyang sekolah. Ntah mcm mane diorg ni dikahwinkan sebab bapa mongryong nak chunyang ajar n didik mongryong. Mongryong lame2 dia brusaha jgk dlm plajaran dia...na tau lg citer yang bes ni..jum kite tgk ka 8Tv....

Saturday, May 3, 2008

welcome to kadio world

huhu...hye...thanks sbb dtg ka kadiokimono board ni...comment ye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...