Adira, Salihah, dan Juli dengan gembira menyanyikan lagu balik kampung nyanyian Arwah Sudirman. Lagu ini menjadi kemestian tiapkali mereka pulang ke kampung sempena perayaan, atau cuti-cuti am. Kali ini mereka pulang ke kampung kerana ada kenduri doa selamat di rumah Salihah. Mereka pun tidak tahu kenapa dan sempena apa kenduri tersebut diadakan.
“Assalamualaikum mak, kenapa mak telefon Leha siang tadi? Leha busy sikit tadi kerja”
“ Waalaikumussalam, ha.. Leha, ada pun kamu. Ni ha, Mak nak bagitau, malam esok ada kenduri doa selamat sikit, kamu balik ya.”
“ Malam esok? Tapi Leha kan kerja sok mak.”
“ Ai, takkan malam pun kerja lagi kot?”
“ Malam tak la kerja, tapi kerja Leha habis nya lewat. Kalau balik pun malam baru sampai”
“ Tak ape lah, malam pun, janji kamu balik.”
“ Ok lah macam tu, Leha balik esok ye Mak, mak masak sedap-sedap tau. Leha suka udang masak lemak”
“ Iyalah. Ada-ada je kamu ni. Ok lah, Assalamualaikum.”
“ Wa,alaikumussalam..”
Proton Pesona warna kelabu memecut laju di jalan yang lengang itu. Huh, seram betul lah jalan sini. Jalan yang tiada lampu jalan sungguh gelap gelita, yang ada hanyalah lampu kenderaan yang lalu lalang.
“Oh mak engkau”
Salihah betul-betul terkejut dengan memberhentikan kereta nya secara tiba-tiba. Elok sahaja selepas selekoh itu, kelihatan sebuah motosikal terdampar diatas jalan raya dengan barang-barang nya berselerak di jalan raya.
“Eh, ada orang jatuh motor la, macam mane ni? Seram lak aku.”
“Ish kau ni kenapa Dira? Fikir yang negativ je. Kesian tau pakcik tu. Jom la kita tolong dia” Salihah lekas-lekas tanggalkan tali pinggang keledar nya dan ingin pergi menolong pakcik tersebut.
“Eh, kau nak kemana Leha?”
“Pergi tolong pakcik tu la.”
“Ee…jangan la.. aku takot la.. betul kata Dira, seram tau. Kan dah banyak kes jadi macam ni. entah mana tau dia nak rompak kita ke, rogol ke, dah la jalan sunyi sepi tak ada orang. Ko jangan berani sangat Leha.”
“Tak ada apa lah, niat kita baik, nak tolong pakcik tu je” Balas Salihah, tanpa mengira apa yang dijawab oleh teman-temannya dia cepat-cepat buka pintu kereta dan ingin menolong pakcik tersebut.
“ Kenapa ni pakcik? Pakcik OK ke? Pakcik tak apa-apa?”
“ Tak ada apa, pakcik sendiri terjatuh. Pakcik nak cepat-cepat keluar dari kampung ni.”
“ eh nanti dulu pakcik, biar saya bawak pakcik pergi klinik, kita check dulu takot ada terluka apa-apa”
“Kau siapa? Orang semua nak jauhkan diri dari aku, kau pulak nak tolong aku. Kau tak takot ke? Sudah la. Ketepi!”
Tempik lelaki berumur dalam lingkungan 60 an itu. Dia lantas mengutip barang-barangnya yang jatuh di atas jalan raya tersebut, dan terus berlalu pergi dengan motosikal dia. Tinggal Salihah terpinga-pinga. Salihah dengan kehairanan tambah dengan rasa marah kembali ke keretanya. Dalam langkah nya itu, dia terpijak sebuah bingkai gambar. Bingkai gambar yang tampak usang tetapi masih cantek dengan ukiran yang unik dan pasti menarik perhatian orang yang melihatnya. Dalam gelap, tetapi dia sempat terpesona dengan bingkai gambar tersebut. Seolah olah bingkai gambar tersebut bercahaya.
“Oi Leha!, ko tecongok ape lagi? Jomla” Tempik Adira dengan nada agak ketakutan”
Leha diam dan melangkah masuk ke dalam kereta. Bingkai gambar tersebut dicapai oleh Juli yang duduk di tempat duduk sebelah.
“Weh, ni pakcik tadi tu punya ke? Kau ambik kenapa?”
“ Aku pelik la, kenapa orang kampung nak halau pakcik tu dari kampung kita ni? Apa salah dia?”
Kata-kata pakcik tersebut terus menghantui fikiran Salihah. Mereka pun sampai dirumah Salihah dan kelihatan ramai orang sudah berada dirumah nya, kenduri doa selamat bermula sebaik sahaja mereka sampai rumah tersebut.
Bersambung..................................
p/s: Nati aku sambung lagi ek. Ade hal lak.. =)
cepat wt sambungan nyer..
ReplyDeletedah update sambungan dia dah... =) tq sudi baca...
ReplyDelete