TQ follow saya =)

Tuesday, March 15, 2011

Cerita pendek: Misteri Bingkai Gambar [Part 2]

Selesainya kenduri malam itu, salihah tidur merehatkan diri. Adira dan Julie pula pulang ke rumah mereka yang berhampiran dari rumah Salihah. Berselang rumah sahaja. Salihah terlalu penat dengan perjalanan dan kerja-kerja di dapur. Dia terlupa langsung tentang bingkai gambar misteri tersebut.

Hari makin meninggi. Salihah belum pun bangun lagi. Pagi itu, mak Salihah jenguk ke bilik Salihah utk mengejutkannya bangun bersarapan.

“Leha…bangun-bangun. Matahari dah tinggi tu. Kamu sarapan pun belum lagi. Cepat-cepat bangun”

“em…nanti la mak…Leha ngantuk lagi”

“Bangun-bangun makan dulu. Tolong mak susun mangkuk lam almari jum”

“Nanti Leha tolong la…mak rehat-rehat la dulu”

“Ish budak ni. Dari dulu sampai sekarang sama je. Liat bangun bila org gerak..”

Mak Salihah melihat beg Salihah yang terdampar di lantai dengan berselerak barangnya. Lalu dia pun mencapainya untuk dikemaskan.

“Tgk tu, berselerak semua barang-barangnya.”

Mak Salihah pun mengemas barang-barang anak gadisnya itu. Dia menyusun baju-baju salihah ke dalam almari dan meletakkan alat-alat solek Salihah di meja cermin. Dia tersentak. Kelihatan benda yang selama ini menghantui penduduk di kampung ada di atas meja anak gadisnya.

“Leha! Leha! Mana kau dapat benda puaka ni? Kenapa kau bawak benda ni balik ke rumah kita???”

Mak Salihah ibarat dirasuk. Ketakutan menghantui fikiran dan diri mak Salihah. Salihah terkejut lantas bangun dapatkan mak nya. Ayah salihah dan adik Salihah juga bergegas kebilik salihah ingin melihat apa yang terjadi. Mak Salihah meronta-ronta ibarat dirasuk ketakutan.

“Kenapa kau bawak benda puaka ni balik kerumah kita? Buang! Buang! Buang!!!” Mak Salihah meronta dan menjerit sambil tangan nya menunjuk kearah bingkai gambar tersebut. Ayah salihah dan juga adiknya turut terkejut melihat bingkai gambar yang berada di atas meja Salihah.

Salihah bingung kenapa mak nya itu terlalu trauma dengan bingkai gambar tersebut. Dia lihat bingkai gambar tersebut sangat unik dan cantik. Dan tak mungkin dapat dijumpai dimana-mana. Seakan hiasan dan ukiran nya berusia bertahun lamanya dan mempunyai keunikan tersendiri. Sangat menarik hatinya. Buang? Tidak, dia sangat menyukai bingkai gambar tersebut dan tak mungkin dia akan buangkan nya. Melainkan memulangkan kepada tuan punya bingkai gambar tersebut. Dia tahu mesti ada cerita disebalik bingkai gambar itu yang membuatkan emaknya begitu trauma.

“Mak. Mak. Kenapa ni mak?? Leha tak paham? Apa benda puaka?” Salihah ingin mendapatkan penjelasan ibunya itu. Ibunya ditenangkan nya bersama ayah dan adiknya. Namun ibunya tidak boleh menjawab persoalan Salihah.

“ Mana kau dapat bingkai gambar tu Leha? Tanya ayah salihah dengan nada tegas. Leha tidak faham kenapa dengan mak dan ayahnya sangat takut dengan bingkai gambar tersebut. Bukan kah ia nya cantik??

“ Pakcik tu punya, Leha ambik sebab nak pulangkan pada pakcik tu nanti kalau jumpa dia.”

“Pakcik? Orang tua tu? Kau jumpa dia dimana? “

“Ayah kenal dia? Leha jumpa dijalan. Kesian dia terdampar kat jalan, dia jatuh motor. “

“Kau jumpa dia kat jalan mana”?

“Kat jalan simpang 3 depan jalan masuk kampung kita ni. Kenapa ayah? Kenapa dengan pakcik tu? Kenapa dengan bingkai gambar ni?” Leha kebingungan. Ibu Salihah kelihatan menangis tidak berhenti-henti. Ayah Salihah mendengus. Memikirkan apa yang patut dia lakukan. Adik Salihah pula merenung tajam kakak nya itu dengan kemarahan.

“Kau balik dah la jarang-jarang. Balik pulak bawak bala kat keluarga kita!” Adik salihah memang dari dulu tidak rapat dengan kakaknya kerana dia kesiankan ibunya yang sentiasa mengingati kakaknya dan mengharapkan kakaknya itu pulang. Tetapi Salihah asyik sibuk dengan kerja nya. Sampai ibunya demam-demam rindukan kakak nya itu. Itu membuatkan kemarahan dalam diri adiknya terhadap kakaknya terpendam sedikit demi sedikit.

“Bala apanya? Kau adik, kenapa? Ayah mak, kenapa ni? Leha betul-betul tak paham la. Bingkai gambar tu bawak bala apa?” Mak Salihah memulakan percakapan nya.

“Kita buang je lah bingkai gambar ni abg. Benda ni boleh bawak bala kepada keluarga kita nanti.”

“Ish. Tak boleh buang. Ingat tak apa yang terjadi kat keluarga Pak Man bila mereka buang bingkai gambar ni? “

“Habis tu kita nak wat ape abg…” Mak Salihah kembali menangis. Leha sedar yang dia telah membawa sesuatu yang buruk kepada keluarga nya itu. Timbul rasa sesal dalam dirinya. Dia mencapai bingkai gambar tersebut. Dia terkejut melihat gambar di dalam bingkai gambar tersebut. “Eh bila pulak dia meletakkan gambar mereka sekeluarga di dalam bingkai gambar tersebut. Dan bila pulak mereka sekeluarga menangkap gambar tersebut” Namun dia dia sahaja dan tidak memberitahu mak dan ayah serta adiknya. Cuma berkata-kata di dalam hati.

“Ada gambar kita sekeluarga kan kat dalam bingkai gambar tu kak?” Tanya adik Salihah. Dia seakan-akan mengagak dengan pastinya. Tak mungkin adiknya nampak kerana dari tadi bingkai gambar tu tejatuh selepas ibunya tertepis akibat terkejut.

“Eh, mana kau tau dik? Er… a,ah. Memang ada gambar kita pun. Kau ke yang letak gambar ni kat sini dik?

“Kau tak tau ke cerita disebalik bingkai gambar ni? Eh mana kau nak tahu kan, kau bukan selalu ada kat kampung ni. Asyik duduk KL je.”. Adik salihah dengan nada sinis.

“Ayah mak, Leha mintak maaf.. Leha tak tahu tentang bingkai gambar ni. Leha taknak menyusahkan keluarga ni. Leha mintak maaf. Biarlah Leha balik KL, bawak sekali bingkai gambar ni dengan Leha.”

Emak Salihah terus memeluk anak nya itu erat-erat. “kau tak tahu tentang bingkai gambar tu nak. Kau tak salah. Emak yang salah, tak bagitahu kau tentang nya. Jangan balik KL nak, tunggu duduk sini dengan mak”. Salihah memeluk erat mak nya. Terasa kasihnya seorang ibu terhadap anak nya itu.

Hari semakin petang. Cuaca dikampung tersebut sangat baik. Keluarga Salihah kelihatan tenang, tetapi masing-masing gelisah memikirkan tentang nasib mereka nanti. Masing-masing diam seribu bahasa. Ibu Salihah membuat air the O dan juga kueh cara dan menghidangkan nya di tempat duduk didepan rumah mereka. Ayah Salihah yang membinanya. Itu lah tempat mereka berehat diluar rumah. Dan pokok-pokok dan bungaan yang tumbuh lebat membuatkan landskap rumah mereka sangat cantik.

“Leha, tolong mak bawak dulang air tu kat depan. Jum kita minum sama-sama dengan ayah kamu” Salihah tanpa banyak bicara, mengangkat dulang air dan mengikuti jalan emaknya. Emaknya membawa dulang berisi kuweh.

“Jemput minum bang.” Ayah Salihah tersenyum tapi senyuman itu ibarat dipaksa. Salihah tahu itu. Mereka menikmati santapan petang itu.

“Adik mana?” Tanya ayah Salihah pada emaknya.

“A,ah la. Tadi adik mandi. Saya ingat nak panggil dia nanti” Kelihatan adik Salihah berjalan menuju kearah mereka.

“Ala mak tu, biasa lah. Kalau kakak balik. Tak ingat kat adiik dah” Nada merajuk adik Salihah jelas kelihatan. Salihah tarik tangan adiknya itu.

“Alah, ngade lah engkau. Meh sini. akak dah siap asingkan kueh untuk kau tau tak. Ni ha, semua untuk kau.” Salihah memujuk adik nya itu.

“Ayah, mak, boleh tak cerita kat Leha apa sebenarnya terjadi. Kenapa dengan bingkai gambar. Dan Leha pun tak paham, kenduri semalam tu doa selamat sempena apa?” Ayah dan emak Salihah saling berpandangan.

“Awak cerita lah bang. Leha ni berhak tahu. Dia pun ahli keluarga kita jugak. Orang kampung ni jugak.”

Ayah salihah mendengus dan memulakan ceritanya….

Bersambung……..

p/s: sabar ye sambungannya…nantikan….hihihihi

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...