· Sebelum tu minta maaf kerana terlalu lambat membuat ending cerita ni… sangat sibuk dengan macam2 hal… n crite ni perlukan penghayatan n idea =) hihihi… so enjoy the last chapter …..
Ayah Salihah kelihatan berat ingin memulakan cerita itu. Cerita yang selama ini disimpan nya kerana khuatir anak gadisnya salihah tidak mahu lagi pulang ke kampong itu jika mendengar cerita itu. Salihah yang sudah berkerja di Kuala Lumpur hampir 7tahun jarang sekali pulang. Jika pulang hanya sekejap sahaja. Jika dicerita cerita itu, dia khuatir, anak nya tidak mahu langsung balik ke kampong nya lagi. Dia menarik nafas sedalamnya ingin memulakan cerita…
“Leha, kamu ingat ade keluarga baru yang pindah dekat sebelah rumah kita ni dulu? Masa tu kamu baru je dapat kerja di Kuala Lumpur. Keluarga tu pernah datang kerumah ni, bertanya khabar. Kamu ingat?”
“Leha ingat ayah. Makcik tu baik sangat. Dia bagi macam-macam nasihat kat leha. Dulu dia duduk di Kuala Lumpur. Tapi Leha lupa nak Tanya kat makcik tu, macam mane dial eh duduk kat rumah usang yang dah lama tinggal kat sebelah rumah kita ni ayah?”
“EEE…..seram la mak. Adik nak masuk la..” kata Adik salihah sambil menjeling rumah tinggal sebelah rumah mereka itu.
“Ye ye, jom kita masuk, ayahnya, leha, jom kita masuk. Kita sambung cerita kat dalam je”
Mereka sekeluarga pun masuk kerumah. Begitu banyak soalan yang bermain difikiran Leha. Leha mahu mengurai semua yang bermain difikiran nya. Dia kusut memikirkan semua itu. Dia ingin tahu apa yang misteri sangat dengan bingkai gambar tersebut. Mereka pun duduk diruang tamu rumah itu.
“Ayah, mana pergi makcik yang duduk rumah sebelah tu ayah? Anak-anak dia? Dia dah pindah KL balik ke? Leha baru perasan rumah tu dah jadi rumah tinggal balik.”
Berkerut dahi ayah Salihah ingin merungkai kesemuanya.
“Mereka semua dah meninggal dunia, kecuali suami makcik itu.”
“Mana pergi suami makcik tu? Dia pindah ke?
“Tidak. Dia pergi meninggalkan kampong ni. Itu lah Pak Man yang kamu jumpa tengah jalan semalam tu. Sebab itu lah kami buat doa selamat semalam tu. Sebab dia dah keluar dari kampong ni”
“Kenapa macam tu pulak ayah? Orang kampong suka ke dia pergi? Kenapa dia tidak ada sekali kat kenduri semalam?”
“Leha, Pakcik tu dah seminggu keluar dari kampong ni. Ayah pun tak tahu kenapa kamu boleh terjumpa dia kat simpang depan semalam.”
“Entah-entah tu hantu dia je ayah” Sampuk adik Leha yang dari tadinya diam sahaja.
“Adik. Jangan menyampuk. Jangan memandai-mandai” Ayah menegur adik salihah dengan nada agak tegas. Salihah lagi bertambah pelik, kusut. Rasa nya seperti mahu sahaja dia tidak memikirkan perkara itu lagi. Tetapi, tingkah laku keluarganya yang pelik pabila melihat bingkai gambar tersebut membat dia sangat tertanya-tanya dan ingin tahu. Ayah Salihah menyambung ceritanya.
“Leha, Keluarga Pakcik tu semua dah meninggal dan semua meninggal dalam keadaan sangat pelik. Sejak mereka tinggal dirumah itu, orang kampong menerima mereka dengan baik. Mereka juga ramah tamah dan selalu berinteraksi dengan orang kampong. Tetapi sebabkan satu kejadian yang aneh, mereka disisihkan oleh orang kampong. Sejak itu, perkara aneh hari-hari berlaku. “
“Aneh?” Soal Leha yang masih tak faham dan mula berasa marah dengan orang kampong yang berfikiran sempit. “Orang kampong memang suka percaya benda mistik-mistik ni. Karut je”. Berkata dia di dalam hati.
“Ada suatu hari, orang kampung melihat, Makcik tu dengan anak-anaknya berubah dalam keadaan yang menakutkan, jadi seperti hantu. Rumah mereka pun keliahatan seperti tidak berpenghuni dan sangat seram. Ayah sendiri melihatnya. Tiap-tiap malam, dari rumah kita, Nampak sangat kelihatan. Selepas itu, dalam seminggu, Makcik itu, dan anak-anaknya ditemui meninggal di depan rumah mereka. Tinggal lah Pak Man itu keseorangan. Keluarganya bertahan hanya 1bulan dirumah itu. Selepas satu bulan tinggal disitu, mereka meninggal dunia. Tetapi, orang kampung tetap tidak mahu mendekati Pak Man dan rumahnya selepas kejadian itu.”
“Sebelum kejadian pelik itu terjadi, Mak kamu ada bersembang dengan Makcik tu, Makcik tu menunjukkan bingkai gambar itu kepada mak kamu. Dia bercerita tentang bingkai gambar itu. Katanya, Pak Man yang jumpa bingkai tersebut. Dan dilihatnya gambar mereka sekeluarga sudah ada di dalam bingkat tersebut. Padahal mereka tidak pernah menangkap gambar seperti didalam gambar itu.Sejak dari itu, berlaku perkara-perkara aneh terhadap keluarga nya itu. Cuma yang tinggal sekarang Pak Man seorang sahaja.”
Leha mula bingung, timbul juga rasa takut didalam dirinya. Betulkah itu, betulkah bingkai gambar itu punca kematian Makcik sekeluarga. Dia benar-benar bingung. Dia seakan tidak percaya. Cerita yang baru diceritakan oleh ayahnya itu seperti tidak masuk akal.
“Kenapa kak? Ko tak percaya ke? Ko orang KL, mana nak percaya benda-benda macam ni. Benda ni hantu tau kak. Jin. Jin ada kat dunia ni. Dalam alam kita ni banyak penghuninya, bukan manusia je.” Adik Salihah kelihatan sedikit bengang melihat reaksi kakaknya seakan tidak menerima kata-kata ayahnya itu.
“Akak bukan tak percaya, entahlah. Kat KL takda pun cerita-cerita macam ni. Jangan-jangan orang kampung sengaja je nak buat cerita. Mereka dengki dengan Makcik, sebab Makcik tu baik.”
Adik Salihah mula tidak puas hati dengan kata-kata kakak nya tu.
“Kau tengok lah nanti ape bala yang kau dah bawa kat keluarga ni. Balik-balik menyusahkan orang.”
“Adik! Tak baik ckp mcm tu kat kakak kau! Kau minta maaf cepat dengan kakak! Adek!”
Adik Salihah bangun dan terus berlalu ke dapur rumah mereka tanpa mengira kata-kata ibunya tadi. Ibunya membiarkan sahaja anak bongsu nya itu. Ayah Leha meneruskan cerita tersebut kepada Leha.
“Dengar cerita tentang bingkai gambar itu, siapa yang menjumpai bingkai gambar itu akan terus bersama menjaga bingkai gambar tersebut. Dia tidak akan diapa-apakan, dan dia mejaga bingkai gambar tersebut hinggalah menjumpai orang yang akan menerima bingkai itu atau mewarisi ia.”
Jelas sangat kelihatan kerisauan diwajah ayah dan ibu salihah. Salihah bingung. Apa yang hendak dikatakannya. Sunyi sepi tanpa bicara. Tiba-tiba terdengar bunyi motor singgah dirumah mereka.
“Assalamualaikum. Pak Brahim,….ade rumah tak?”
Ayah Salihah bangun dari kerusinya dan melihat ikut jendela. Dilihatnya Ali dibawah dengan Jais.
“Hah, kamu berdua, ada apa halnya? Mari lah naik”
Tersentak Ali dengan Jais. Terdiam kaku dan kemudian menjerit bagai orang gila. Leha dan ibunya pelik dan terkejut lantas melihat mereka di jendela. Ali dan Jais melihat Ibu leha dan Leha, mereka berlari, dan menjerit. Seakan tidak cukup tanah. Motor dibiarkan tersadai ditanah. Ayah, Ibu, dan Leha melihat sesama sendiri dan kebingungan.
Adik Leha didapur gelak seorangan. Gelak sekuat hati. Seakan puas. Dia mengimbas kembali apa yang terjadi 2 minggu sebelum….
Adik Leha terpaksa pulang lewat akibat latihan bola jaring disekolah. Perlawanan sudah hampir. Dia sungguh takut ingin melalui rumah Pak Man. Pabila sampai didepan rumah PakMan, langkahnya makin laju. Dan dia terjatuh tersepak batu. Tiba-tiba PakMan didepan matanya. Dia amat takut sehingga diam terkaku. PakMan melihat budak perempuan itu dan ditanyanya. “kesian kamu Mak dengan Ayah kamu tidak sayangkan kamu. Mereka hanya sayangkan kakak kamu. Kamu cuba ingat balik bila kamu dengan kakak kamu, mak dan ayah kamu lebihkan siapa? Kamu nak tahu kenapa? Sebab kamu bukan anak mereka. Mereka jumpa kamu di depan rumah mereka dan mereka bela.” Selepas itu Pak Man ketawa. Adik Leha berasa sangat marah. Dia baru tahu kenapa selama ini Ibunya lebihkan kakaknya sahaja. Dia sangat marah dan perasaan marahnya membuak-buak. Dilihatnya PakMan hanya ketawa. “Kamu nak PakMan tolong kamu?” PakMan menawarkan sesuatu pada adik Leha. Dan adik Leha mengangguk……
_TAMMAT_
Hihii….harap korang suka lah cerita ni… cerita kosong sahaja. Mengisi masa lapang…
Copy cerita ini adalah dilarang sama sekali. Jika mahu copy, sila tuliskan reference nya sekali. Dan sebelum buat apa2 copy hendaklah meminta kebenaran saya dahulu. Jika didapati ade yang mencuri hasil saya ini, tidak segan-segan saya ingin mengambil tindakan =) terima kasih.
kire adik die lah yg jahat nie...die wat ape sbnrnya? nk tau gak...hehehe. sory tnye sbb dh biase bce novel so nk tau knape n sbb ape..;)
ReplyDeleteThanks sudi bace... =) adek dia marah kat family dia, sbb lebihkan kakak dia..kira dia bedendam la.. bila dia dengar pak man ckp camtu.dia pun ikot ckp pakman. dia setuju nak warisi bingkai gambar tu. pakman mmg nak cari pewaris bingkai gambar tu. kirenya, leha, mak n ayah dia jd korban la... adek dia xape2 sbb pakman dah waris kat dia... huhhuhu...cite rekaan semata-mata..TQ again...
ReplyDeletewah... lama tau tunggu sambungan cerita ni..
ReplyDeletebest.. heheee..
=)
hihihi...kak nadia mashuri... biase2 aje... sorry lambat update... TQ sudi bace =)
ReplyDelete