TQ follow saya =)

Sunday, July 31, 2011

Mana kulit remaja ku dahulu????

Hye! Salam.
wow. tgk aku punya title entry. mcm dah tua sgt je kan...huhuhu
nyway aku sgt2 mahukan kulit remaja aku dulu2... huhuhu...
disebabkan gatal guna product mcm2, nak try la konon.. mula2 dulu aku pakai cuci muka T3 anti bacterial. sbb aku ni jenis muka berminyak n ade jerawat. krim lak krim safi yang tutup ijau... tu je aku pakai dulu..tp dulu aku rajin.. makin lame aku makin malas. tambah bile dah sambung study diploma aku. aku malas nak membedek2 muke ni...kdg2 pkai krim pun malas. tp tu la masalah first jadi kat muka aku ni.. then, jaga kdg2 je..ikot mood. salah aku jugak kan..

pastu biasa la bila dah sambung blaja ni dgn kwn2 sikit2 pose tangkap gamba. tgk balik gamba aku tu muke berminyak la plak. mula lah find others product. ntah macam2 aku pakai. aku pakai garnier la, neutrogena la, oxy la, nano white la... entry sblm ni ade aku buat tentang nano white.. yup. tak dinafikan mmg baik product ni.. tp aku ni jenis tak sbr n malas jaga muka n makan. pastu tukar lagi. argggh.... lama2 aku pun fedup dah nak pk sgt.. tgk muka bnyk bintik merah. jerawat mula naik balik. =(

Lagi satu, dulu muka tengah elok, gatal g wat facial treatment.. pastu tak jaga.. slh sendiri la kan..huhuhu... aku harap blom terlambat lagi nak menjaga kembali muka aku ni.. aku nak try product ni sbb tgk kat forum2 bnyk feedback positive ttg product ni... mmg dulu aku pnah pakai n ok.. =) hari ni baru pakai. harap dpt tgk positive effect dia..



Ihsan dr google.

Aku pakai pencuci muka safi gamat skarang ni...dia ade anti jerawat. and aku nak hilangkan jerawat aku ni dulu... muga dptlah kulit remaja ku dahulu kembali... huhuhuhu....

Wednesday, July 27, 2011

Pachelbel - Canon in D



hyep! really2 love this melody. can someone play it for me???
HUHUHU....
Ni entry pendek. saje2.
xtau knape.. dgr lagu ni mesti ingat kat someone =)
jommmm lyn jap lagu ni =)

Friday, July 15, 2011

Rezeki ada di mana2...

Takde yang lagi besar ke logo yang leh letak kat entry ni??? huhuhu..OK.Gambar Ihsan dari google.

Arini 15/7/2011 ... Keputusan kemasukan pengajian tinggi lepasan STPM dan setaraf dah pun boleh disemak mulai jam 12 tgh hari tadi... WOooo... berdebar2 sume org yang tgh tunggu result ni.. try click laman web ni taleh.. not respon la..try again.. sampai jem. ye la...berpuluh ribu or maybe beratus yg mohon.. Stress dgn takot lagi nak tgk kptsn dia... emm... aku td cek lambat sikit. tyme dak laki g smayang jumaat. hihihi.... asenye kurang sikit org yang online utk buat semakan tu... Akhirnya. Dpt jgk check. Alhamdulillah.. Aku dpt tawaran University tertua kat malaysia ni.. mmg impian aku nak sambung kat U tu.. aku jadi serba salah sbb aku dpt tawaran baik yang lain jgk... yang mane aku pilih akan jd penentu hidup aku masa akan datang.. Ada orang kata aku sgt bertuah sbb dapat peluang itu.. yup. aku takkan sia2 kan.. Ade yang kata jgk.. untung dpt bnyk peluang camtu leh pilih2... ade org langsung tak dpt...

Aku sgt2 bersyukur dgn jalan hidup aku yang ditentukan oleh Allah. Dulu aku tak pernah terfikir akan dpt peluang begini.. Ye la..aku bukannya org yang straight A dlm ape2 exam pun. SPM aku pun tak berapa nak memberangsangkan. Menyesal mula dulu aku tak rajin blajar. Tp tak smestinya dapat masuk U aku takleh capai impian aku. Sedih tgk kwn2 sume dpt masuk U. huhuhu.... then aku masuk kolej. Takde dream or hope langsung msuk study kat kolej tu.. msuk tu sbb janji sambung blaja... kalo org dgr pun tempat ak blaja tu Kolej Profesional MARA seri Iskandar, org akan tanya balik, apetu? katmane? huhuhu... stres tak stres...ye la..tak popular kan macam U U lain tu... It's not matter. Aku study rajin2.. n aku nak buktikan yang aku pun boleh =) even tak masuk U..hihihi... Lecturer kat KPMSI very great lecturer. rajin mendidik dan jgk membimbing.. kdg2 bg jgk selingan motivasi.. tp tu yang bagus.. Start aku ubah minded aku utk start blaja rajin2 sbbkan kata2 lecturer aku Pn Mashitoh Musa. =) Sejak sem satu lagi. Dia lah menyebabkan aku menjadi berkobar2 mahu membuktikan apa yang aku ada skarang ni... TQ madam =) moga Allah memberkati madam sekeluarga...

So, pada yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah saya ucapkan Tahniah. Dan jika tidak dapat tawaran melalui upu tu, jangan lah kecewa. Sbb rezeki kita ada di mana-mana.. Allah dan tentukan yang terbaik utk kita. Cuma kita siap atau tidak menghadapi cubaan dan dugaan kita yang mendatang. Jadikan lah hari ini lebih baik dari smlm dan esok lebih baik dari hari ini.. Kita just go on dgn hidup kita. Jgn pernah pts asa. wat yang terbaik kamu mampu dptkan yang terbaik =)

p/s: mcm org pakar motivasi lak...hahha...skali skale.. =) Chill guys. Don't give up.

Tuesday, July 12, 2011

Anak tu kan anugerah dari Allah...


Hai hai =) sila lihat gambar diatas. ade mcm sama tak muka kami??? cube teka ni anak ke adik?? huhuhu... Ramai yang ckp ni anak aku... yang pasti I love this girl a lot.. n really miss her right now.. Nama dia Ainna Syafiqah bt Ahmad Faizul.. n nama aku Ainna Mardhiah bt Ahmad Faizul.. eh... kami satu ayah? ye la..dia adik aku bukan anak aku... huhuhu.. Knape kalo aku ade anak?? jeles? anak tu kan anugerah Allah...
Manusia ni tau la kan..tambah org melayu kita ni.. suke judge people. ske pk negative about people. takpelah...aku dah maafkan org tersebut.. cume sedih bila diperkatakan begitu...
Hihih...anyway, entry ni bukan la nak citer pasal org tu.. sbnarnya nak bercerita ttg bahagianya di anugerahkan anak dari Allah s.w.t... Jap lg aku nak dpt 2 anak saudara lg..skarang ade sorg anak kakak aku.. n nati dpt lg 2 dr kakak aku yang ke2 n kakak ipa aku... =) moga mereka selamat melahirkan baby mereka bulan 10 thn ni n bulan 2 thn dpn.. =) aku suke sgt baby =) ...
N tahniah buat sahabat ku Nor Jamilah yang dah selamat melahirkan baby dia, Muhamad Danish Haikal... =)

Friday, July 8, 2011

Cerita Pendek: Misteri Bingkai Gambar (Final)

· Sebelum tu minta maaf kerana terlalu lambat membuat ending cerita ni… sangat sibuk dengan macam2 hal… n crite ni perlukan penghayatan n idea =) hihihi… so enjoy the last chapter …..

Ayah Salihah kelihatan berat ingin memulakan cerita itu. Cerita yang selama ini disimpan nya kerana khuatir anak gadisnya salihah tidak mahu lagi pulang ke kampong itu jika mendengar cerita itu. Salihah yang sudah berkerja di Kuala Lumpur hampir 7tahun jarang sekali pulang. Jika pulang hanya sekejap sahaja. Jika dicerita cerita itu, dia khuatir, anak nya tidak mahu langsung balik ke kampong nya lagi. Dia menarik nafas sedalamnya ingin memulakan cerita…

“Leha, kamu ingat ade keluarga baru yang pindah dekat sebelah rumah kita ni dulu? Masa tu kamu baru je dapat kerja di Kuala Lumpur. Keluarga tu pernah datang kerumah ni, bertanya khabar. Kamu ingat?”

“Leha ingat ayah. Makcik tu baik sangat. Dia bagi macam-macam nasihat kat leha. Dulu dia duduk di Kuala Lumpur. Tapi Leha lupa nak Tanya kat makcik tu, macam mane dial eh duduk kat rumah usang yang dah lama tinggal kat sebelah rumah kita ni ayah?”

“EEE…..seram la mak. Adik nak masuk la..” kata Adik salihah sambil menjeling rumah tinggal sebelah rumah mereka itu.

“Ye ye, jom kita masuk, ayahnya, leha, jom kita masuk. Kita sambung cerita kat dalam je”

Mereka sekeluarga pun masuk kerumah. Begitu banyak soalan yang bermain difikiran Leha. Leha mahu mengurai semua yang bermain difikiran nya. Dia kusut memikirkan semua itu. Dia ingin tahu apa yang misteri sangat dengan bingkai gambar tersebut. Mereka pun duduk diruang tamu rumah itu.

“Ayah, mana pergi makcik yang duduk rumah sebelah tu ayah? Anak-anak dia? Dia dah pindah KL balik ke? Leha baru perasan rumah tu dah jadi rumah tinggal balik.”

Berkerut dahi ayah Salihah ingin merungkai kesemuanya.

“Mereka semua dah meninggal dunia, kecuali suami makcik itu.”

“Mana pergi suami makcik tu? Dia pindah ke?

“Tidak. Dia pergi meninggalkan kampong ni. Itu lah Pak Man yang kamu jumpa tengah jalan semalam tu. Sebab itu lah kami buat doa selamat semalam tu. Sebab dia dah keluar dari kampong ni”

“Kenapa macam tu pulak ayah? Orang kampong suka ke dia pergi? Kenapa dia tidak ada sekali kat kenduri semalam?”

“Leha, Pakcik tu dah seminggu keluar dari kampong ni. Ayah pun tak tahu kenapa kamu boleh terjumpa dia kat simpang depan semalam.”

“Entah-entah tu hantu dia je ayah” Sampuk adik Leha yang dari tadinya diam sahaja.

“Adik. Jangan menyampuk. Jangan memandai-mandai” Ayah menegur adik salihah dengan nada agak tegas. Salihah lagi bertambah pelik, kusut. Rasa nya seperti mahu sahaja dia tidak memikirkan perkara itu lagi. Tetapi, tingkah laku keluarganya yang pelik pabila melihat bingkai gambar tersebut membat dia sangat tertanya-tanya dan ingin tahu. Ayah Salihah menyambung ceritanya.

“Leha, Keluarga Pakcik tu semua dah meninggal dan semua meninggal dalam keadaan sangat pelik. Sejak mereka tinggal dirumah itu, orang kampong menerima mereka dengan baik. Mereka juga ramah tamah dan selalu berinteraksi dengan orang kampong. Tetapi sebabkan satu kejadian yang aneh, mereka disisihkan oleh orang kampong. Sejak itu, perkara aneh hari-hari berlaku. “

“Aneh?” Soal Leha yang masih tak faham dan mula berasa marah dengan orang kampong yang berfikiran sempit. “Orang kampong memang suka percaya benda mistik-mistik ni. Karut je”. Berkata dia di dalam hati.

“Ada suatu hari, orang kampung melihat, Makcik tu dengan anak-anaknya berubah dalam keadaan yang menakutkan, jadi seperti hantu. Rumah mereka pun keliahatan seperti tidak berpenghuni dan sangat seram. Ayah sendiri melihatnya. Tiap-tiap malam, dari rumah kita, Nampak sangat kelihatan. Selepas itu, dalam seminggu, Makcik itu, dan anak-anaknya ditemui meninggal di depan rumah mereka. Tinggal lah Pak Man itu keseorangan. Keluarganya bertahan hanya 1bulan dirumah itu. Selepas satu bulan tinggal disitu, mereka meninggal dunia. Tetapi, orang kampung tetap tidak mahu mendekati Pak Man dan rumahnya selepas kejadian itu.”

“Sebelum kejadian pelik itu terjadi, Mak kamu ada bersembang dengan Makcik tu, Makcik tu menunjukkan bingkai gambar itu kepada mak kamu. Dia bercerita tentang bingkai gambar itu. Katanya, Pak Man yang jumpa bingkai tersebut. Dan dilihatnya gambar mereka sekeluarga sudah ada di dalam bingkat tersebut. Padahal mereka tidak pernah menangkap gambar seperti didalam gambar itu.Sejak dari itu, berlaku perkara-perkara aneh terhadap keluarga nya itu. Cuma yang tinggal sekarang Pak Man seorang sahaja.”

Leha mula bingung, timbul juga rasa takut didalam dirinya. Betulkah itu, betulkah bingkai gambar itu punca kematian Makcik sekeluarga. Dia benar-benar bingung. Dia seakan tidak percaya. Cerita yang baru diceritakan oleh ayahnya itu seperti tidak masuk akal.

“Kenapa kak? Ko tak percaya ke? Ko orang KL, mana nak percaya benda-benda macam ni. Benda ni hantu tau kak. Jin. Jin ada kat dunia ni. Dalam alam kita ni banyak penghuninya, bukan manusia je.” Adik Salihah kelihatan sedikit bengang melihat reaksi kakaknya seakan tidak menerima kata-kata ayahnya itu.

“Akak bukan tak percaya, entahlah. Kat KL takda pun cerita-cerita macam ni. Jangan-jangan orang kampung sengaja je nak buat cerita. Mereka dengki dengan Makcik, sebab Makcik tu baik.”

Adik Salihah mula tidak puas hati dengan kata-kata kakak nya tu.

“Kau tengok lah nanti ape bala yang kau dah bawa kat keluarga ni. Balik-balik menyusahkan orang.”

“Adik! Tak baik ckp mcm tu kat kakak kau! Kau minta maaf cepat dengan kakak! Adek!”

Adik Salihah bangun dan terus berlalu ke dapur rumah mereka tanpa mengira kata-kata ibunya tadi. Ibunya membiarkan sahaja anak bongsu nya itu. Ayah Leha meneruskan cerita tersebut kepada Leha.

“Dengar cerita tentang bingkai gambar itu, siapa yang menjumpai bingkai gambar itu akan terus bersama menjaga bingkai gambar tersebut. Dia tidak akan diapa-apakan, dan dia mejaga bingkai gambar tersebut hinggalah menjumpai orang yang akan menerima bingkai itu atau mewarisi ia.”

Jelas sangat kelihatan kerisauan diwajah ayah dan ibu salihah. Salihah bingung. Apa yang hendak dikatakannya. Sunyi sepi tanpa bicara. Tiba-tiba terdengar bunyi motor singgah dirumah mereka.

“Assalamualaikum. Pak Brahim,….ade rumah tak?”

Ayah Salihah bangun dari kerusinya dan melihat ikut jendela. Dilihatnya Ali dibawah dengan Jais.

“Hah, kamu berdua, ada apa halnya? Mari lah naik”

Tersentak Ali dengan Jais. Terdiam kaku dan kemudian menjerit bagai orang gila. Leha dan ibunya pelik dan terkejut lantas melihat mereka di jendela. Ali dan Jais melihat Ibu leha dan Leha, mereka berlari, dan menjerit. Seakan tidak cukup tanah. Motor dibiarkan tersadai ditanah. Ayah, Ibu, dan Leha melihat sesama sendiri dan kebingungan.

Adik Leha didapur gelak seorangan. Gelak sekuat hati. Seakan puas. Dia mengimbas kembali apa yang terjadi 2 minggu sebelum….

Adik Leha terpaksa pulang lewat akibat latihan bola jaring disekolah. Perlawanan sudah hampir. Dia sungguh takut ingin melalui rumah Pak Man. Pabila sampai didepan rumah PakMan, langkahnya makin laju. Dan dia terjatuh tersepak batu. Tiba-tiba PakMan didepan matanya. Dia amat takut sehingga diam terkaku. PakMan melihat budak perempuan itu dan ditanyanya. “kesian kamu Mak dengan Ayah kamu tidak sayangkan kamu. Mereka hanya sayangkan kakak kamu. Kamu cuba ingat balik bila kamu dengan kakak kamu, mak dan ayah kamu lebihkan siapa? Kamu nak tahu kenapa? Sebab kamu bukan anak mereka. Mereka jumpa kamu di depan rumah mereka dan mereka bela.” Selepas itu Pak Man ketawa. Adik Leha berasa sangat marah. Dia baru tahu kenapa selama ini Ibunya lebihkan kakaknya sahaja. Dia sangat marah dan perasaan marahnya membuak-buak. Dilihatnya PakMan hanya ketawa. “Kamu nak PakMan tolong kamu?” PakMan menawarkan sesuatu pada adik Leha. Dan adik Leha mengangguk……

_TAMMAT_

Hihii….harap korang suka lah cerita ni… cerita kosong sahaja. Mengisi masa lapang…

Copy cerita ini adalah dilarang sama sekali. Jika mahu copy, sila tuliskan reference nya sekali. Dan sebelum buat apa2 copy hendaklah meminta kebenaran saya dahulu. Jika didapati ade yang mencuri hasil saya ini, tidak segan-segan saya ingin mengambil tindakan =) terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...