TQ follow saya =)

Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Terengganu 2012

Assalamualaikum Hi readers.. =)
Entry kali ni nak cerita tentang lawatan aku ke Terengganu. Dah belas tahun aku tak g Terengganu, akhirnya 13Julai 2012 lagi skali aku g sana.. Al maklumlah jauh... aku duk Perak.. 9 jam jugak la perjalanan.. Kalo naik flight 9 jam tu dah sampai Mekah pun kan... hihihi.. Mak aku dah banyak kali pegi, follow trip tempat keje dia.. n banyak kali mak aku ajak aku gi sama.. tp faktor kepenatan tu bile difikir2kan, malaaaasssss sgt nak pegi. Tapi kali ni aku bosan je rase, lame tak jejalan jauh.. huhu.. aku pun follow la trip tu..
Perjalanan yang mengambil masa 9 jam tu bermula malam hari jumaat jam 10.30 malam gerak dari PPD Perak Tengah, melalui jalan Kuala Kangsar, Gerik, dan kami melalui Kuala Terengganu hingga lah ke Marang, tempat di mana kami bermalam. Tapi malam yang kami gerak tu kami sume tido didalam bas, paling aku xboleh tdo duduk macam tu.. dengan heavy schedule pada esok harinya, aku paksa diri aku utk lelapkan jugak mata ni.. kami berhenti banyak tempat jugak la utk minum, solat, and buang air.. jam 8.30 kami pun Tiba di Bahagian Teknologi Pendidikan Marang Terengganu. Di situ kami Check in n sarapan pagi.. Sorry guys, tak terpikir nak snap picture.. Tapi aku tangkap gamba signboard dia je... ahhah.. ade kaat bwh ni....
 Ni aku and mak masa dalam bus nak gerak berjalan pagi sabtu.. Huh dengan tak cukup tidonye...harini seharian kami xbalik bilik utk mandi tukar pkaian bg segar bugar balik, xde.. Straight dgn activity2..tgk lah muka aku semangat nak jalan. Haha.. Aku memilih pkai simple, soft and light baju first lady cutting loose, jeans skinny new look bag new look, kasut vincci bertali, tudung pasar malam two tones..
Ni adalah signboard BTP Terengganu.. hihi..snap dari atas bus je.. Disini lah kami menginap satu malam. Selesa bilik dia bersih and sume ni diuruskan bahagian PPD Perak Tengah.. Breakfast kat sini. Sedap and stiap hidangan mesti ade KEROPOK! huhu..best2..
Before kami gerak ke Kuala Terengganu, kat junction dpn BTP tu bus benti utk sape2 yang nak 'cucuk duit' before berjalan nati sbb salah satu activity ptg nanti adalah "SHOPPING" di Pasar Payang.
Tgh hari jugak la sampai kat Taman Tamadun Islam ni.. after purchase ticket tu, kitorg kne tgu about 30 minutes before dapat naik cruise tu, then kami pun jejalan la area Masjid Kristal yang lebih kurang 500meter dari jeti ni.. Huh. Panas terik dia usah ckp la.. terbakor kulit rasanya..
Aku pun amik peluang bergambo kat Masjid Kristal ni..(mak yang tangkap gamba ni... first try okay la)
Ha... ni pun mak yang tangkap.. okay la jugak kan.. Huhuu..Ni pintu masuk keberapa ntah kat masjid Kristal tu..
 Aku and mak and pokok kurma.. Cantek Masjid ni.. Tapi syg xdpt sembahyang dlm ni.. =( Sebab?? ehemmm...
Try blur at the back. hhihihi.. Masa aku naik cruise kan.. tour guide tu bgtau atas menara ni ade kristal yang berjuta harganya.. aish... No comment la..mls nak comment lebih2.. Tp kalo duit berjuta tu sedekah bg org fakir miskin makan kan bagus jugak,.. eh2.. tanak comment lebih2 kan..huhu.. next.....
Ha.. ni aku bergaya baru kuar dr cruise. Huhu... 45 minutes dalam bot tu menyusuri sungai terengganu.. Jauh kami pusing,, Panas nye dgn kne pakai life jacket tu.. pergh.. dah le lapo. hahha...Pas turun je dr cruise ni kami pegi makan... tempat ade air cond lg..sponsored jgk makan tu... alhamdulillah...
Taman Tamadun Islam sangat luas dan kami masuk ke kawasan taman tema dia yang dipenuhi monumen2 masjid2 dari seluruh dunia.. Tapi yang ni bukan masjid tapi makam... Taj Mahal.. nampak macam sebiji serupa tp kecik je.. Kami naik tram... panas sgt, tak lalu rase nye jalan kaki...
Ni kat Masjid Kubah emas...monumen dia.. kecik je tapi leh masuk dlm dia and dalam dia dorg bina seakan yang sebenar...
 Ukiran khat di masjid Kubah Emas atau dikenali sebagai Dome of Rock
 Knape Dome of Rock? Ia adalah sempena nama batu yang tergantung. batu tersebut dikatakan tergantung kerana mahu mengikut Rasulullah apabila Rasulullah di mikraj kan ke langit, dari peristiwa Israk Mikraj..Ni adalah replika sahaja...
Ni pulak monumen Masjidilharam...Makkah Mukaramah...
Kami masuk kedalam untuk tontonan mengenai masjidilharam dan Ibadah Haji..
Nampak real kan.. Tp kecik la..hihi.. Moga aku dapat pegi ke tempat sebenar itu nanti. InsyaAllah..
Di tangga surau di Terengganu berdepan pasar payang...
Air kecil sahaja.. Hhihi....
Gamba Pasar Payang takde.. sbb kelam kabut pk shoping je..hhuhuhu.. Ha ni dah mlm tu after makan2 yg jugak di sponsored. Kami g I-City. Eh cepat nye sampai shah alam??? hahha... ni bkn Shah alam,.. ni kat trengganu lg.. Area Pasar Payang tu jgk la.. =) Then malam tu kami pun balik tido..esok nye.. kami gerak ke kelantan utk singgah shopping...then balik..yahoooo..nak tdo di katil empuk ku...huhu..Okay.. See u readers...
Thank you sudi singgah and baca entry ni..=)

Thursday, May 3, 2012

Kehilangan...

Assalamualaikum,
Kehilangan insan tersayang dalam hidup kita sgt2 berat dugaannya, kesedihannya.
Hari Rabu lalu, 25 April 2012, abah dia dah kembali kerahmatullah lepas Maghrib, luluh hati aku dapat berita tu. Pikirkan bagaimana dia, mak and adik2 dia hadapi semua ni...aku tak dapat bayang kan.
Aku tak dapat buat apa. yang mampu hanyalah berdoa utk arwah dan dia sekeluarga. 7 Hari aku tak skype dgn si dia sbb dia banyak urusan nak diuruskan. Bila dia balik Shah Alam barulah aku dapat skype and bersembang dengan dia.
=( Dari keadaan dia tu aku tau sakit yang dia rasa dalam hati dia. Apa yang mampu aku tolong. Aku jauh. Aku hanya dapat beri kata2 semangat n teman dia utk tenang dan mungkin sikit redakan kesedihan dia.
Sayangnya dia kat abah.. and malam td waktu malaysia tgh malam and aku petang, dia mengigau pagil 'abah'..
Aku betul2 tak dapat tahan air mata. Dia tunjuk yang dia kuat, dia sedaya upaya cuba sorok perasaan dia sbb nak redakan mak and adik2 dia. Tp dalam hati siapa yang tahu. Ya Allah, kau berilah kekuatan pada dia untuk hadapi semua ni.. tanggungjawab dia besar. kalau boleh aku nak jugak bantu dia. aku taknak dia rasa susah sorang. Minta siapa yang membaca entry ni tolong sedekahkan AL FATIHAH untuk abah imal, Arwah En. Kamarudin. -al fatihah....

Wednesday, May 2, 2012

Minggu ni punya cerita..

Assalamualaikum, =)
Macam suka hati saya je kan nak update ke taknak blog ni. Memang kebiasaannye agak malas untuk update. Tp dah lame mcm ni rindu lak nak update. Mcm dulu2, sapai buat 2 3 entry dlm sehari, punya lah tamak. Hahaha... Saya sekarang ni in the middle of the war with assignments and final year project. huh. I am trying my best to complete this. Minggu ni kami final year students dah boleh amik graduation pack and saya dah pun collect saya punya pada hari Isnin. Memang la university ni banyak buat duit.. nak hire dia punye gown tu pun 30pound. mak aih. baik tempah jait sniri. senang2 leh pakai gi kenduri. haha. Mahal2.. kat malaysia free je..
Wah.....tak pernah merasa kombo ni lg...huhu...
And harini kami g trip..lawatan sambil belajar. hihi.. macam yang dah dirancang and arrange by our global marketing lecturer, dia bwk kami 11 org naik bus yang capacity 44 org ke KK Fine Food Factory.. Sepatutnya ramai...satu class.. tp ramai sangat yang tak datang.. dah isi nama dlm list dah kata nak datang tp tak jugak datang..ish2..kesian our lecturer... sedih je dia.. tp takpe lah.. kami sebelas orang ni tetap happy dgn trip tu.. Ha... next entry la cerita pajang tentang trip ni. Sbb ade vdeo skali masa kat factory tu =) ...

Saturday, April 28, 2012

Short post

Assalamualaikum,
Hi Friend. 
Its like ages i didnt update my blog.... sorry sangat2 ye pada yang tunggu mana la cerita baru tak update lg ni.. sebenarnya banyak perkara yang menganggu pemikiran sekarang ni.. tapi tak apa lah. Redha dgn ketentuan Nya.. 
Now, saya sedang struggle dgn final project and assignments. then leh balik..hoooreeyy... happy tak? Rindu sangat daah kat family ni.. certain people leh duk sni lama2 but for me tak. Family is everything for me.. they need me and me either. I need my family by my side. So, i am going back soonnnn... and friend.. after finish ni. leh la sy update share story2 saya kat sini. dr mula sampai sampai la balik. ape2 yg saya leh share sy share.. and leh la request kalo nak tau ape2 yang saya tak pun update di blog. might be saya terlepas pandang. =) 
Lupa lak.. atas ni the newest photo from me.. Saya kat Llangolen. extremely beautiful.. subhanaAllah.. 
Okay lah. See you guys. =) Salam rindu -by Ainna mardhiah-

Sunday, December 11, 2011

Failure is part of success

Hye. Salam.

Why you must Fail to succeed?
Aku sgt ske ayat ni sbb aku pun org dr golongan ni. Fail before succeed. Bile seseorang dah merasa jatuh baru akan mnggelabah untuk usaha capai kejayaan.
Bagi siapa yang sudah biasa berjaya dia akan terbuai pencapaian dia. Aku pun pernah rase mcm tu. tak dinafikan.
Tiap kali aku jatuh, aku sgt2 bersyukur sbb Allah ingatkan aku supaya berusaha lebih lagi untuk berjaya.
So, kalau kita dah jatuh skali tak bermakna kita akan jatuh selama nya. Jgn salahkan diri terlalu lama, terima kenyataan yang kita buat salah dah usaha untuk perbaiki. Good Luck Guys! and Good Luck to me too! I'm struggling now for my study.

Thursday, December 8, 2011

Argggghhh!


Belajar kat mane2 pun same ade cabaran n susahnya. And cabaran tu la buat kan kita stress. Skang ni aku dah takleh control stress aku. and buat muka mcm budak atas ni. huhuh

Susah nak adapt dgn tempat baru n tak paham style marking lecturer sini. local student yang dah belajar sni 3 thn senang la nak score tp aku susah. and what does it mean? mean aku kne work harder and most important kne buang pnyakit malas aku ni.

Anyone ade resipi tak nak buang penyakit malas ni?

skang tgh wat assignment negotiation. Stress slagi tak finish assessment sume and lg stress bile nak dpt result... arghh menakotkan.. K lah kwn2. skarang pukul 11.55 malam. masa untuk merehatkan diri. semoga bangun awal sok leh prepare keje ni..

Good night! Sweet Dream!

Thursday, September 22, 2011

First time naik ETS. huhu...

Hye everyone... =) Salam.
Last entry aku cerita tentang ke-excitedan aku nak naik ETS kan?
Hihihi...
Ok. Aku dah pun naik ETS. dari batu gajah ke KL sentral. Aku g dgn Mak aku. Tiket kami jam 5.39pg. wah..awal gile aku bgn pg tu. rasa mcm nak bersahur.. Disebabkan aku nak sampai KL awal untuk urusan dgn pihak MARA. Station KTMB ni cantek =) dah tak mcm dulu2.. selesa la.. cuma takda kdai makan..kalo station dulu2 bnyk gerai2 makanan..huhuhu...

Pagi tu kami dpt announcement yang keretapi lewat 4minit.. huhu..aku ingat lewat sgt la..4 minit pun dorg bgtau =) ..Cuma tak bestnya, bila kami terpaksa berenti di rawang. Kerana di sungai Buloh ada keretapi tergelincir. So, pihak ETS sediakan bas dari rawang ke KL Sentral. Huh.. jadi kami lewat sejam dr masa yang sepatutnya kami berada disana. Bila dah sampai KL Sentral kami pun naik LRT ke Masjid Jamek dan tukar train naik lak ke bandaraya station. Dpn sogo..Then jalan kaki sikit sampai lah ke Pjbt MARA Jalan Raja Laut. =) Bwh ni gambar2 aku kat station n mse lam ETS.


Ni station KTM Batu Gajah

Ni time nak balik..dah penat berjalan...huh..

Smile =)

Aik. camne lak gamba ni ke bawah.. ni sblm berlepas ke KL. 5.40 pagi..huhu..

Wednesday, September 14, 2011

Excited for me because it my first time


Salam! =) hye guys.
This time i really2 excited. Know what? I'm going to travel with train tomorrow. =)
Last post aku ada tulis tentang aku sangat2 nak naik benda tu. Sebab belom pernah naik lagi. Ok aku melebih-lebih. huhuhu.. Maybe pada sesetengah orang dah biasa sgt n takda benda yang special pun naik kretapi ni. Tp pd aku it is one of my dream. True.xtipu. Lepas dah dpt naik train sok, aku nak naik helicopter lak lepas ni =) lepas tu kapal selam... =) Esok aku nak pergi mara untuk urusan pengambilan ticket flight, cek suma.. Next entry aku aku story la kisah aku naik train ya...huhhu.. Muga perjalanan diberkati Allah. Amin =)

Tuesday, September 6, 2011

Long Distance Relationship

Salam.. Hye All...

Pictures for this entry are from Mr Google.com.

Long Distance Relationship is when u cannot see or meet each other for months or years due to long distance place you stay at. Usually because of one of you 2 or you both furthering study or working. Sad right?

Ni aku punya description tentang LDR.. Tetiba rasa nak wat entry tentang ni lak. Mengikut pengalaman aku la kan. 5 years dah pun. Banyak jauh dari dekat with someone I love.

Before this, it didnt affect me much, but now, it really2 make me keep thinking and emotional crying like a baby. Huhu.. Eventhough kami jauh selalu, tapi kami tak penah rasa jauh dan rasa jemu. Yang penting, masing2 jujur, setia, memahami, ikhlas, dan saling percaya. Trust doesnt mean didnt care at all apa yang dia wat n mana dia pegi. Take care, always keep contact, text or calls make you both more close and fall for each others. huhuhu.. Is it tips? No la. Nati jd riak lak. I really2 hope he is the one for all my life. Sebelum ni tak rasa sgt, sebab jarak kami 2 3 jam je kalau dia nak balik jumpa. Tp bnyk barriers mcm cost, transport, time kami jarang jumpa. Lg pun masing2 busy. Kalo jumpa pun 2 bulan sekali or 3 bulan sekali. Hm... LDR yang tu pun aku dah rasa tak sanggup lg jauh2 dlm 5 thn ni. Skarang, aku lak yang kena jauh dari dia. 1 tahun tak jumpa dia. Boleh kah aku?? aku pun tak tau.


Nasib baik skarang zaman IT canggih2. Ada skype, IM, kurang2 terubat rindu. Harap aku kuat =) Doakan kami ya..

Thursday, September 1, 2011

Raya with Flu and Cough


Hye! Salam all..
Arini masuk ari ke3 raya... selesema n batuk aku makin menjadi2.. aku nak raya =( .. hm..tak selesanya.. kalau tahun lepas aku demam lepas 3 4 ari raya.. kali ni dpt 3 4 ari sblm raya n sampai la ari raya..

maybe sbb penat sgt time bulan puasa uruskan hal2 mara n visa sume.. aku kalah dgn penyakit ni.. huhuhu... tp aku jgk yang degil.. dah dpt flu cough patutnya berehat bnyk2.. ni aku jejalan je.. Ok korang bgtau. mcm mane ari raya nak berehat? mesti lah nak raya kan? huhuhu.. n ni akibat nye la..tagung sniri. raya ke3 dan penyakit bertambah teruk...

sekarang ape perlu aku wat utk sihat kembali:
(mcm yang org nasihatkan aku, tp leh ke aku ikut? huhuhu)

1. Jgn minum air ada ais ( mostly org buat air ais raya2 ni, dan itu lah yang sedapnya.huhuhu)
2. Berehat diam2 kat umah (boleh ke?? mana tahan kaki ni nak g bjalan je)
3. Makan ubat ikot time (hahha..ni aku tak buat. sbb kalo makan ubat nati mengantuk. lagi2 ubat batuk. pening pusing kalau aku tahan mata ni dr tdo. tak suka)
4. jgn makan pedas2.. (yang ni aku leh sbb aku mmg tak makan pedas sgt, tp kalau rendang kuah kacang mmg pedas sikit.. raya petama n kedua mmg aku makan je suma..hahhaha... )

i want my healthiness again... as i usually can eat, drink, go everywhere and do whatever i wanna do in Raya Day.. =) Ya Allah I'm Redha if this is for my own good. Alhamdullilah... Sakit itu dugaan buat kita utk Dia menguji kita kan kwn2 =) sekurang2 nya Dia bg aku berehat.

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri =)

Pengumuman raya selalunya mesti umum lusa baru raya. Tp smlm dia umum esok raya =) Mesti ramai kelam kabut menyiapkan apa2 yang tak siap lagi.. thn ni kami raya sederhana shj..

Pagi raya baru balik kampung. sebab kampung dkt2.. aku cuma ada seorang sahaja lagi nenek. Aku balik jugak kampung walopun takda opah n tok lagi.. Rindu raya dulu2. meriah sgt masa ada tok n opah n masa mereka masih sihat. =( rinduuu.....

Saudara tak seramai dulu jugak yang berkumpul. family aku sendiri pun. abg n kakak2 suma dah kahwin. masing2 ada family sendiri.. Tp sempat jugak berkumpul tadi. walopun sekejap. =) happy...aku upload bnyk gamba. tp ni je lah gamba yang nak post kat entry ni.. hihihi =)




Ni saya n kakak saya.. nurul huda..kat umah opah. =)





Ni saya, syafiqah (adik saya), n sepupu fasihah... u know what? we have same front name. that is AINNA...huhu... Ainna Mardhiah, Ainna Syafiqah, n Ainna Fasihah =)





Ni lak ape??? hahhaaha... mcm kuweh tak?? ade kan?? jd kan?? hihi rasa dia boleh la tahan.. ni kuweh saya wat sniri. satu2 nya untuk raya ni =) Nama dia biskut cornflake chocolate chip. nyum2... meh la dtg raya umah saya =)



Tuesday, August 2, 2011

Keratapi Tanah Melayu (KTMB)

Hi! Hari ni puasa yang ke 2... Selamat berpuasa=) hihihi.. kenapa lak aku tempek gambar train ni lak? Sbb aku sgt excited nak naik benda ni. OK! over. tp memang aku tak pnah naik KTMB. LRT kat KL n train kat lam airport penah la.. tp tak sama dgn KTMB... teringin sgt nak naik.. maybe ade yang dah selalu sgt naik n sampai nak mutah sbb jemu. Tp aku rase bestnye org tu dpt naik train.. =)

Pagi td aku teman sepupu gi station KTMB kat Batu Gajah, dia nak beli tiket balik raya.. tu la rasanya first time aku g station keretapi.. huhuhu.. aku rase nak beli je tiket td.. huhu.. takpe. after raye ni aku mesti kena naik train jgk. tak kisah la g mane2 pun.. Tadi pegi takde bwk camera. So, aku mintak kat Mr Google pinjam 2 gambar ni.. =)



Gambar Ihsan dari Google.
Sbb aku tadi gi tak bawak camera.
=)

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang Mulia =)

Hai semua... Salam =) Hari ni 1 August juga 1 Ramadhan... Umat Islam diseluruh dunia mula berpuasa sepanjang bulan ini.. Saya harap Ramadhan kali ni kita dpt lebihkan amal ibadah kita. Harap Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.. Huhuhu.. bukan ibadah bila bulan Ramadhan shj. Tp bulan Ramadhan ni bnyk sgt Fadhilat2 nya dgn pahala yang berlipat ganda. Saya harap perubahan dapat dilakukan =) amin...

Tiap kali bulan Ramadhan kita mesti akan bertarawih pada malam hari. Yup. Tak perlulah politik2 time bulan puasa ni.. kebelakangan ni politik negara kita dah makin celaru. dah tak tahu dah mana betul dan mana slh. yang pasti tak ada yang perfect. masing2 ade kelemahan. jgn lah menganggap satu parti tu betul semua tanpa ada cacat celanya.. kita kena terima jika ada kelemahan dan perbaiki bukan dah tahu ade kelemahan tapi cari pihak satu lagi punya kelemahan shj.

Yang tak enaknya, bila politik dah melebihi segalanya, mulalah anak dgn ibu bapa bergaduh, suami isteri cerai berai, adik bradik tak bertegur sapa, kawan hilang kawan. Semua memutuskan silaturrahim semata2 kerana politik. Yang lagi sedih ada jugak yang berpuak2, masa terawih ni nampak jelas.. parti ni semayang jemaah kat sni meminggirkan orang yang parti pihak lain ni.. Yang ni perangai org yang agap besar politik dari agama. Dlm agama Islam kita ni menuntut kita mengeratkan silaturahim. bukan membenci orang, memutuskan silaturahim yang ada. Sedih dengan politik negara yang makin menjadi2 dan lagi sedih dgn org kita yang menanam perasaan benci dlm diri lebih dari perasaan syg.Perasaan syg kalau boleh disemai dlm diri, putih bersih hati. =)

Sama-sama mengingatkan diri sendiri jugak =) nyway.. selamat berpuasa kwn2 =)





lokasi: Masjid UTP Tronoh, Perak.

Sunday, July 31, 2011

Mana kulit remaja ku dahulu????

Hye! Salam.
wow. tgk aku punya title entry. mcm dah tua sgt je kan...huhuhu
nyway aku sgt2 mahukan kulit remaja aku dulu2... huhuhu...
disebabkan gatal guna product mcm2, nak try la konon.. mula2 dulu aku pakai cuci muka T3 anti bacterial. sbb aku ni jenis muka berminyak n ade jerawat. krim lak krim safi yang tutup ijau... tu je aku pakai dulu..tp dulu aku rajin.. makin lame aku makin malas. tambah bile dah sambung study diploma aku. aku malas nak membedek2 muke ni...kdg2 pkai krim pun malas. tp tu la masalah first jadi kat muka aku ni.. then, jaga kdg2 je..ikot mood. salah aku jugak kan..

pastu biasa la bila dah sambung blaja ni dgn kwn2 sikit2 pose tangkap gamba. tgk balik gamba aku tu muke berminyak la plak. mula lah find others product. ntah macam2 aku pakai. aku pakai garnier la, neutrogena la, oxy la, nano white la... entry sblm ni ade aku buat tentang nano white.. yup. tak dinafikan mmg baik product ni.. tp aku ni jenis tak sbr n malas jaga muka n makan. pastu tukar lagi. argggh.... lama2 aku pun fedup dah nak pk sgt.. tgk muka bnyk bintik merah. jerawat mula naik balik. =(

Lagi satu, dulu muka tengah elok, gatal g wat facial treatment.. pastu tak jaga.. slh sendiri la kan..huhuhu... aku harap blom terlambat lagi nak menjaga kembali muka aku ni.. aku nak try product ni sbb tgk kat forum2 bnyk feedback positive ttg product ni... mmg dulu aku pnah pakai n ok.. =) hari ni baru pakai. harap dpt tgk positive effect dia..



Ihsan dr google.

Aku pakai pencuci muka safi gamat skarang ni...dia ade anti jerawat. and aku nak hilangkan jerawat aku ni dulu... muga dptlah kulit remaja ku dahulu kembali... huhuhuhu....

Tuesday, July 12, 2011

Anak tu kan anugerah dari Allah...


Hai hai =) sila lihat gambar diatas. ade mcm sama tak muka kami??? cube teka ni anak ke adik?? huhuhu... Ramai yang ckp ni anak aku... yang pasti I love this girl a lot.. n really miss her right now.. Nama dia Ainna Syafiqah bt Ahmad Faizul.. n nama aku Ainna Mardhiah bt Ahmad Faizul.. eh... kami satu ayah? ye la..dia adik aku bukan anak aku... huhuhu.. Knape kalo aku ade anak?? jeles? anak tu kan anugerah Allah...
Manusia ni tau la kan..tambah org melayu kita ni.. suke judge people. ske pk negative about people. takpelah...aku dah maafkan org tersebut.. cume sedih bila diperkatakan begitu...
Hihih...anyway, entry ni bukan la nak citer pasal org tu.. sbnarnya nak bercerita ttg bahagianya di anugerahkan anak dari Allah s.w.t... Jap lg aku nak dpt 2 anak saudara lg..skarang ade sorg anak kakak aku.. n nati dpt lg 2 dr kakak aku yang ke2 n kakak ipa aku... =) moga mereka selamat melahirkan baby mereka bulan 10 thn ni n bulan 2 thn dpn.. =) aku suke sgt baby =) ...
N tahniah buat sahabat ku Nor Jamilah yang dah selamat melahirkan baby dia, Muhamad Danish Haikal... =)

Tuesday, January 25, 2011

Comot!! =)

cube teka sape dak comot ni??
huhuhu... ni adek aku yang paling kecik.
Ni gamba kat zoo negara. Mase ni die amik aiskrim aku.
Mule2 aku bg die makan sikit2.. last2 die nak pgg sendiri. N bile dah pgg sendiri,
korang tgk la pe akibatnye..hhuhuhu

Aku wat entri pasal adek aku ni... sbnarnye aku rindu sgt2 kat die.. dah 2 minggu lebih aku tak jumpe die...aku btol2 rindu ragam dia tu ='(

Friday, January 21, 2011

Penemuan hangat!!! huhhuhu

Hye!
huhuhu...Tajuk mcm gile gempak je kan. Tgk product lam gamba ni, Nano White. Mcm yang Diana Danielle pkai lam iklan tu..huhuh...pengaruh iklan tv btul la aku ni..
sbnarnye tak sgt terpengaruh la..yang paling besar pengaruh bende ni kakak aku.

Kalo dlu tgk iklan kat tv biase2 je.. mcm biase la..mcm pcaye tak pcaye je kan.
Tp tgk kakak aku pkai. ok. sesuai utk kulit die... kulit die pun cam aku gak. biase la adek bradik.
kulit yang jnis pori besar, kulit bminyak, kesan jrawat, jerawat mudah naik, blackhead, whitehead. Then kakak aku pkai. Umi aku pun pkai.
dorg tnyata puas ati dgn product ni.. n jgk dok promote kat aku...

Aku mase tu tgh pkai satu product ni. utk kulit bminyak jugak. tp tak bpe sesuai dgn aku. product die bgus. tak kate tak bgus. tp tak bape sesuai kot. then, aku bg kat adek aku tu.die laki pun, takde pun masalah jrawat or bekas jrawat sgt.
So, aku pun g la beli bende ni kat guardian. Then aku pkai. Nampak lah kesan kebaikan product ni n sesuai dgn kulit aku. walopun blom 100% memulihkan kulit aku. tp dlm process itu.
=) yeay.

Thursday, January 20, 2011

Blog kesayangan

pic source from google

Wow. Kalo ikot tahun aku wat blog ni..lame la jugak..tp keadaan blog aku ni tak mcm dah lame aku ceburkan diri dlm blogging ni...huhu
Tgk la org2 yang blogging bru 2 3 bulan pun dah lg expert. Wow. =)
aku je ketinggalan zaman sikit.hihihi

sejarah nye mule mcm ni.. aku mule ber belog ni dlm tahun 2008.
May 2008.
Mule2 je agak rajin. Pastu malas...bersawang..
Then bile ade mood je post entry baru..
Huhuhu...sampai la skarang ni 2011.. aku dah jd rajin semula utk update slalu blog aku ni..
Skang dalam process menarik ramai reader utk follow n suke dgn dgn blog aku ni..n dtg slalu.

Sorry guys kalo belog tak seberapa ni tak best kan, or tah hape2 je aku mengarut kan, or tak cantek pun blog ni kan..kan2 n kan. hihihi

Aku harap korg enjoy dgn entry2 aku... Thanks sudi singgah disini =)
Assalamualaikum.

Wednesday, January 19, 2011

Jealous n busuk hati


Kiut kan bende bulat ni wat muke jelez die =)
hihhi...
jelez ni bagus la.. sape kate tak bagus??
sape ?? sape?? meh sni...hihihi
Jelez tu bagus, sbb akan motivate diri kite untuk terus maju dan maju...
yang tak bagus nye, bile jeles tu jdkan kite BUSUK HATI...

SGt2 tak bagus. yang ni sape kat bagus? huhuhu... MMG tak bagus langsung
Jeles yang bagus:
" Ish BFF aku ni, asek dpt lebih je dr aku, tak boleh jd, she/he can do, i also can"
wow....this very positive person

Jeles yang tak bagus lak:
"Ish BFF aku ni, asek dpt lebih dr aku, tgk la nati, kejap je ko dpt lebih, pasni, lingkop la engkau!"
hahhah...ni pulak BUSUK HATI... tak patut btul la org yang jeles2 mcm ni..
Cube2 la cuci hati dgn clorox. Bg pteh balik..

Rezeki tu masing2, percaya lah, hati kau baik, kau baik dgn org, pcaye la ko akan dpt rezeki yang lebih berlipat ganda dr yang kau sangka, InsyaAllah....
What goes around comes around...

p/s: same gak kalo Jelez dgn popuan len or boy len yang try ngurat ur spouse. Kekalkan Jeles yang positive, positive things come to u. =) *ingatkan diri sniri jgk ni..

Monday, January 17, 2011

My town!!! Haha



Korang tgk la town aku ni...hhihihi...skang aku dah ketagih men bende ni lak kat fb... sblm ni game len dah tak men dah... tgal yang ni je...
punye la tungkus lumus aku men...dah sampai pun level 26..
tgk tu athirudin (udi) dah level 51..bile la aku nak capai level tu..huhhu..jap lg cityvile aku jd country... =)
hahhahaha....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...